1,455 kemalangan direkodkan pada hari keenam pelaksanaan Op Selamat 21

1,455 kemalangan direkodkan pada hari keenam pelaksanaan Op Selamat 21

1,455 kemalangan direkodkan pada hari keenam pelaksanaan Op Selamat 21
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,455 kes kemalangan direkodkan pada hari keenam pelaksanaan Op Selamat 21 yang bermula 8 Februari lalu hingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata daripada jumlah itu, sebanyak lapan kemalangan maut direkodkan dengan lapan kematian sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, sebanyak 1,786 kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya sepanjang tempoh berkenaan.



“Kes kemalangan jalan raya direkodkan meningkat 194 kes daripada 1,261 kes dicatatkan pada hari kelima Op Selamat 21. Bagi kemalangan maut pula, kes dicatatkan menurun tujuh kes berbanding 15 kes direkodkan semalam.

Mohd Azman berkata, dari segi jumlah kenderaan terbabit kemalangan pula menunjukkan peningkatan 201 kenderaan daripada 1,558 kenderaan yang direkodkan, semalam.

“Mereka perlu mematuhi peraturan jalan raya dan arahan serta bekerjasama dengan petugas trafik di lapangan bagi melancarkan pemanduan,” katanya.

1,455 kemalangan direkodkan pada hari keenam pelaksanaan Op Selamat 21


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button