Pelajar diserang penyakit misteri

Pelajar diserang penyakit misteri

Pelajar diserang penyakit misteri
PELAJAR perempuan sebuah sekolah di Kenya tiba-tiba mengalami kelumpuhan dan sukar berjalan.

Nairobi: Penyakit misteri melanda Kenya apabila lebih 90 pelajar sekolah tidak dapat berjalan dipercayai mengalami gejala lumpuh pada kaki.

Pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Perempuan St Theresa’s Eregi di bandar Kakamega itu dimasukkan ke hospital, selain operasi sekolah diarah tutup sementara.

Pegawai pendidikan daerah, Bonface Okoth mengesahkan 95 pelajar dimasukkan ke hospital untuk rawatan, lapor sebuah media Afrika yang dipetik Hindustan Times.



Menurut laporan BBC, remaja itu berdepan kesukaran berjalan, mengalami lumpuh pada kaki selain sawan.

Walaupun sifat sebenar penyakit itu masih belum didedahkan, pakar percaya ia mungkin histeria besar-besaran.

Pegawai kesihatan sudah mengumpul sampel darah dan air kencing pelajar yang terbabit serta dihantar ke makmal Institut Penyelidikan Perubatan Kenya (KEMRI) untuk duji.

Sebuah video menunjukkan pelajar sekolah itu tidak dapat berjalan akibat penyakit misteri tular, manakala pihak sekolah memaklumkan hanya membenarkan pelajar itu kembali ke sekolah selepas kesihatan mereka dinilai.



Pelajar diserang penyakit misteri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button