BN Melaka sudah serah senarai calon untuk enam kerusi Parlimen

MELAKA TENGAH – Barisan Nasional (BN) Melaka sudah menyerahkan senarai nama calon kepada pucuk pimpinan parti bagi enam kerusi Parlimen di negeri itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kesemua 30 nama yang diserahkan juga merupakan calon-calon muka baharu bagi kerusi Parlimen.

“Kita mensasarkan empat kerusi dan plus satu kerusi yang akan kita terjemahkan pada hari pilihan raya.



“Gerak kerja pilihan raya telahpun dimulakan selepas PRN lepas, kita gerakkan semua jentera yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat BN negeri di Hotel La Crista pada malam selasa.

Mengulas lanjut beliau turut memaklumkan, bagaimanapun BN negeri menunggu keputusan nama muktamad oleh parti selepas kesemua peringkat penelitian dibuat secara terperici.

Sementara itu, Ab Rauf turut mengesahkan penyandang kerusi Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah tidak lagi menawarkan diri untuk bertanding.



Beliau berkata, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI) turut secara terbuka memaklumkan ingin memberi laluan kepada calon baharu di kerusi berkenaan.

Dalam pada itu katanya, BN negeri mensasarkan sekurang-kurangnya empat daripada enam kerusi BN iaitu di Parlimen Masjid Tanah, Jasin, Tangga Batu dan Alor Gajah berjaya ditawan parti itu.

© Astro Awani 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button