Sembunyi 30 Tahun Jadi Sia-Sia

Beijing: Seorang lelaki di China terpaksa bersusah payah hidup dalam buruan selama 30 tahun selepas menyangka dia terbabit jenayah hanya sia-sia kerana dia sebenarnya tidak bersalah.

Lelaki dikenali sebagai Zhou itu terbabit dalam sebuah kumpulan pergaduhan pada 1990 dan melarikan diri dari lokasi kejadian tanpa menyedari sama ada dia mencederakan sesiapa.

Keesokannya, Zhou kembali ke lokasi kejadian dan menemui kenderaan polis membuatkannya menyangka terbabit dalam kes jenayah.



Dia kemudian memutuskan melarikan diri dan hidup seperti pelarian.

Selama tempoh itu, Zhou yang kini berusia 52 tahun menyara hidupnya dengan mengambil upah sebagai buruh di kilang lombong dan batu-bata selain mengumpul barangan kitar semula.

Malah, saat paling memilukan apabila Zhou tidak dapat memberikan penghormatan terakhir buat mendiang orang tuanya yang sudah meninggal dunia ketika dia hidup dalam pelarian.

Global Times melaporkan, selepas 30 tahun menyembunyikan diri, Zhou akhirnya menyerah diri kepada polis dan mengaku dirinya terbabit dalam pergaduhan di Yinchuan, utara China.



Namun, kepulangannya itu merungkai segala rahsia rupanya dia tidak bersalah membuatkannya menyesal kerana melakukan tindakan sia-sia selama 30 tahun.

Agensi

KAF JAWAP ISU ‘SEDEKAH PAKSA’ YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading