Kak Ojie nasi lemak viral buat ramai cemburu

Bangga melaram apron Blackpink, ... Nampak selesa buat kerja cedok-cedok sambal

Kak Ojie nasi lemak viral buat ramai cemburu

Kak Ojie nasi lemak viral buat ramai cemburu
Kak Ojie mencuri tumpuan ramai apabila memakai apron koleksi Starbucks Blackpink.

RAMAI yang sanggup beratur panjang sejak awal pagi demi mendapatkan koleksi kolaborasi istimewa Starbucks bersama kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink.

Koleksi edisi terhad yang dijual secara eksklusif sejak Selasa itu antaranya bekas minuman atau tumbler, mug, rantai kunci, beg termasuk apron.

Tidak ketinggalan mendapatkan salah satu daripada koleksi itu ialah pengusaha nasi lemak viral sehinggakan akaun TikTok miliknya dipenuhi dengan komen-komen pengumpul tumbler Starbucks dan peminat Blackpink.



Manakan tidak, kemunculan pengusaha berkenaan menerusi video penstriman secara langsung (live) dengan memakai apron daripada koleksi itu berwarna hitam dan merah jambu mencuri tumpuan.

Dengan wajah yang tersenyum manis, pemilik di salah sebuah gerai di The Port My di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor itu beraksi menggayakan apron tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan “Kakistocracy” alasan untuk Mahathir tumbangkan Kerjaan Perpaduan




Lebih dicemburui ramai apabila dia yang lebih dikenali sebagai Kak Ojie turut menghadiahkan apron yang menjadi rebutan itu kepada dua pekerjanya untuk digunakan di premis.

Menerusi beberapa siri video yang dimuat naik, Kak Ojie atau nama sebenarnya Rozeeta Abdul Manan kelihatan sibuk menyiapkan pesanan.

Selain itu, dia yang terkenal dengan sifat peramah turut mesra melayan tetamu di kaunter.

 



Kak Ojie nasi lemak viral buat ramai cemburu
Kak Ojie (kiri) bersama dua pekerjanya sedondon memakai apron.

Di ruangan komen, rata-rata netizen teruja menyaksikan Kak Ojie kelihatan bergaya memakai apron berkenaan.

“Orang lain apron tu simpan buat koleksi. Kak Ojie dan team selamba je buat basahan jual cikmak (nasi lemak). Sempoi gila. Terbaik Kak Ojie.

Orang lain apron tu simpan buat koleksi, Kak Ojie dan team selamba je buat basahan jual nasi lemak.

NETIZEN

“Kelas kau Kak Ojie. Muka bangga sangat tu kak, geram tau tak.

“Lepas ni nak order cikmak kena cakap Korea la pula,” demikian antara komen netizen.



 

Kak Ojie nasi lemak viral buat ramai cemburu
Antara komen netizen.

Bukan sahaja terhibur, malah terdapat netizen yang membuat permintaan supaya Kak Ojie dan dua pekerjanya menunjukkan minat mereka terhadap kumpulan K-pop itu.

“Tolong nyanyi lagu Blackpink kak, alang-alang dah pakai apron tu,” komen netizen.

Kak Ojie nasi lemak viral buat ramai cemburu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing



 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading