KPN sasar rakyat baca 100 naskhah buku setahun

Oleh – Syeikh Baran


KPN sasar rakyat baca 100 naskhah buku setahun
Aaron Ago (tengah) pada majlis perasmian Jom Baca Bersama 10 Minit di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) hari ini. – Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyasarkan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia akan bertambah kepada 100 naskhah buku setiap tahun.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perkara tersebut tidak mustahil untuk dicapai dalam masa yang terdekat berdasarkan lonjakan trend membaca dalam kalangan rakyat.



“Saya berharap dan optimis kita mampu melepasi sasaran purata seorang rakyat negara ini suka membaca 100 naskhah buku setahun.

“Sasaran ditetapkan itu mampu diraih berdasarkan kajian profil membaca rakyat 2022/2023 yang menyaksikan lonjakan kepada 24 naskhah setahun.

“Bayangkan ia meningkat agak ketara berbanding daripada purata hanya dua naskhah buku setiap tahun pada 2005 sebelum naik drastik kepada 15 naskhah pada 2014,” katanya selepas merasmikan Jom Baca Bersama 10 Minit bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2024 di sini tadi.

Katanya, peningkatan dramatik itu juga hasil daripada pelbagai program pemerkasaan dilaksanakan dari semasa ke semasa dengan kempen berterusan dan melibatkan kerjasama banyak pihak.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading