Korea Utara lancar 2 peluru berpandu balistik

Korea Utara lancar 2 peluru berpandu balistik

Korea Utara lancar 2 peluru berpandu balistik
TENTERA Korea Utara di pos kawalan di zon bebas tentera di sempadan dengan Korea Selatan. FOTO Reuters

Seoul: Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat ke Laut Timur pada Rabu, selepas kapal selam peluru berpandu balistik nuklear Amerika Syarikat (AS) tiba di sini, dan sesi perasmian dialog keselamatan Korea Selatan-AS yang baharu.

Ketua Turus Bersama (JCS) berkata, ia mengesan pelancaran dari kawasan Sunan di Pyongyang antara 3.30 pagi dan 3.46 pagi, merentasi 550 kilometer sebelum terhempas ke dalam laut.

JCS mengecam pelancaran itu sebagai “tindakan provokasi” yang menjejaskan keamanan bukan sahaja di Semenanjung Korea tetapi juga masyarakat antarabangsa, dan pelanggaran “jelas” terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.



“Tentera kami akan mengekalkan postur kesiapsiagaan berdasarkan keupayaan untuk bertindak balas secara besar-besaran terhadap sebarang provokasi Korea Utara,” Agensi Berita Yonhap memetik JCS sebagai berkata dalam mesej teks yang dihantar kepada pemberita.

Pelancaran peluru berpandu itu dibuat selepas Korea Selatan dan AS mengadakan mesyuarat Kumpulan Perundingan Nuklear (NCG) di Seoul pada hari sebelumnya.

Pyongyang melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Hwasong-18 pada 12 Julai.

Korea Utara lancar 2 peluru berpandu balistik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perikatan Nasional jangan putar belit isu Sanusi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button