Kemarau di Jawa Barat

Kemarau di Jawa Barat

Kemarau di Jawa Barat
KAWASAN lain di Indonesia turut berdepan dengan masalah susulan fenomena El Nino, tahun ini. FOTO pada April lalu menunjukkan air sungai yang kering di Aceh. FOTO AFP

Jakarta: Fenomena El Nino menyebabkan hampir 900 hektar sawah di Jawa Barat dilanda kemarau, sekali gus mengakibatkan kekurangan hujan dan air.

Menurut Setiausaha Pejabat Pertanian Cirebon, Nanang Ruhyana, kawasan terjejas diunjurkan meningkat daripada 500 hektar bulan lepas kepada 1,629 hektar.

“Keluasan sawah padi sekarang adalah seluas 22,137 hektar, dengan 878.5 hektar sudah dilanda kemarau,” katanya seperti dipetik portal berita BeritaSatu.



Beliau berkata, pihaknya kini menumpukan kepada langkah pengurusan air iaitu meningkatkan sumber air sedia ada dan meneroka sumber baharu.

Selain itu, pihaknya turut menyediakan peralatan penting yang diperlukan dan mencadangkan pembenihan awan sebagai langkah untuk mengurangkan kesan berterusan.

Cirebon yang terletak di utara Jawa Barat berdepan kesan paling teruk pada musim kemarau yang berpanjangan, dengan tiada hujan dilaporkan dalam tempoh tiga bulan lalu.

Subang, Jawa Barat, turut dilanda isu kemarau dan kekurangan air bersih menyebabkan penduduk dan pegawai kerajaan mengadakan Istisqa atau solat hajat memohon hujan.



Hampir keseluruhan kawasan di Subang, kira-kira 95 kilometer dari Cirebon, berdepan risiko tanaman tidak menjadi akibat kemarau berpanjangan dan kebakaran hutan yang kerap berlaku.

Kemarau di Jawa Barat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sebutir Beras Adalah Setitik Keringat Petani, Tetapi Mengapakah Mereka Di Abaikan?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading