Bas ekspres terbakar: 16 terselamat
Bas ekspres terbakar: 16 terselamat
IPOH: Seramai 16 individu cemas apabila bas ekspres yang dinaiki terbakar, di KM242.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, tengah malam tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fawwaz Abdul Jamil, berkata pihaknya mengerahkan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan Meru Raya ke tempat kejadian sebaik menerima pangggilan pada kira-kira pukul 12.01 tengah malam.
“Semua 16 orang termasuk pemandu terselamat dan mereka dipindahkan ke bas yang lain sewaktu pasukan bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial JBPM hari ini.
Mohd Fawwaz berkata, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 12.51 tengah malam dan selesai sepenuhnya pada 1.34 pagi. – BERNAMA
Bas ekspres terbakar: 16 terselamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bersihkan Negara Dari BERSIH
- Pembenci mati akal apabila Zahid beri sokongan pembebasan Najib
- Menjadi kesalahan dan Teladan buruk jika kerajaan tidak akur dekree YDPA
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan