Coach Airways mercu tarikan baharu di Melaka

Coach Airways mercu tarikan baharu di Melaka

Coach Airways mercu tarikan baharu di Melaka
Ab Rauf melihat antara produk yang dijual di dalam Coach Airways pada majlis perasmian hari ini -NSTP/Amir Mamat

ALOR GAJAH: Freeport A Famosa Outlet (FAO) di sini menerima sijil The Malaysia Book of Records (MBOR) apabila mempunyai kapal terbang pertama di dunia yang diubah suai sebagai butik beli-belah.

Coach, jenama fesyen mewah terkemuka dari Amerika Syarikat (AS) hari ini melancarkan butik unik dalam pesawat dinamakan ‘Coach Airways’ di FAO, sekali gus menjadikannya jenama pertama di dunia yang menggunakan konsep berkenaan.

Coach adalah jenama fesyen mewah dan eksklusif, antara lain mengkhususkan beg tangan kulit, bagasi dan aksesori yang dijual melalui rangkaian butik beroperasi di pusat beli-belah terkemuka seluruh dunia.



Butik dibuka dalam pesawat Boeing di Alor Gajah itu mempunyai empat seksyen, iaitu ruang untuk pelanggan bergambar, diikuti ruang barangan butik, barangan outlet dan ruang terakhir menempatkan sebuah kafe.

Ia dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?




Yang turut hadir, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Timbalan EXCO Pelaburan, Pelaburan dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidirah Abu Zahar; Ketua Pengarah Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Datuk Dr Ammar Abd Ghapar serta Pengarah Urusan FAO, Datuk Julian Lau.

Sijil MBOR itu disampaikan oleh Perunding Rekod Kanan MBOR, Edwin Yeoh kepada Lau sambil disaksikan Ab Rauf.

Ab Rauf berkata, mercu baharu yang dibangunkan itu adalah satu daripada produk kebanggaan Melakabagi merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri itu.

“Coach Airways ini juga menarik minat saya kerana butik ini menggunakan pesawat Boeing 747 pertama di dunia yang diubah suai kepada butik jualan produk berjenama.



“Saya turut dimaklumkan, keluaran Coach di sini juga dijual dengan harga promosi serta mengeluarkan koleksi khas yang terjual di Coach Airways sahaja,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?


Sementara itu, Ab Rauf berkata kerajaan negeri akan menggunakan khidmat 500 sukarelawan belia, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai duta kecil pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).



Beliau berkata, kumpulan sukarelawan yang dinamakan Volunteer Melaka itu akan ditempatkan di semua kawasan tumpuan pelancong untuk memberi penerangan mengenai lokasi pelancongan.

Katanya, semua sukarelawan terbabit akan diberikan latihan terlebih dahulu sebelum dihantar ke lokasi tertentu bermula 1 Januari depan.

“Tawaran sebagai sukarelawan ini dibuka kepada lepasan SPM sebagai jurucakap dan pembimbing pelancong di lokasi pelancongan.

“Kita akan beri mereka pendedahan menerusi program kursus mengenai pelancongan termasuk sejarah Melaka supaya mereka boleh menyambut kedatangan pelancong dan memberikan penerangan ringkas berkaitan sektor pelancongan negeri ini,” katanya.



Coach Airways mercu tarikan baharu di Melaka


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ibrahim Dedahkan Penipuan Hadi Awang

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading