Bas pesiaran terbalik di Lentang: Dua maut, 11 cedera

Bas pesiaran terbalik di Lentang: Dua maut, 11 cedera

Bas pesiaran terbalik di Lentang: Dua maut, 11 cedera
Sebuah bas persiaran hilang kawalan dan terbalik di Kilometer 51.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di Bentong pagi tadi.

BENTONG: Dua maut dan 11 cedera dalam nahas bas pesiaran terbalik di Kilometer 51.4 arah timur berdekatan Lentang, Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dekat sini pada jam 7.53 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata mangsa yang maut adalah lelaki warga asing dan seorang lagi penumpang wanita yang belum dikenal pasti.

“Pemandu bas dan seorang wanita tempatan cedera parah manakala 11 penumpang lain cedera dan lima terselamat. Bas tersebut bertolak dari TBS menghala ke Kuantan dengan membawa 20 penumpang termasuk pemandu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong menerima panggilan jam 8.00 pagi tadi memaklumkan kemalangan tersebut.

Sementara itu, Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, Badrul Hisham Saari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.53 pagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini




“Seramai 19 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian bersama lima jentera yang terletak kira-kira 20 kilometer dari BBP Bentong dan sampai ke tempat kejadian pada jam 8.12 pagi.

“Anggota bomba mengeluarkan seorang wanita yang tersepit menggunakan peralatan khas dan membawa mangsa ke Hospital Bentong menggunakan ambulans bomba (EMRS),” katanya.

Terdahulu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Facebook melaporkan aliran trafik arah timur terhenti sepenuhnya menyebabkan kesesakan sepanjang 4.7 kilometer manakala arah barat, trafik sesak sepanjang 2.2km.

“Semua lorong arah timur dan arah barat terhalang bagi kerja pengalihan. Trafik arah barat dilencongkan ke Hentian Sebelah Lentang,” katanya.



Bas pesiaran terbalik di Lentang: Dua maut, 11 cedera


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button