Kastam rampas tembakau sedut’, gegelung besi, minuman keras bernilai RM20.59 juta

Kastam rampas tembakau sedut’, gegelung besi, minuman keras bernilai RM20.59 juta

Kastam rampas tembakau sedut', gegelung besi, minuman keras bernilai RM20.59 juta
Norlela (tengah) menunjukkan gambar rampasan penyeludupan tembakau sedut (snuff tobacco) pada sidang media di Ibu Pejabat Kastam Pelabuhan Utara. – Foto NSTP/Faiz Anuar

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit II Selangor menumpaskan sindiket penyeludupan tembakau sedut, gegelung besi dan minuman keras di sini, minggu lalu, membabitkan nilai rampasan berjumlah RM20.59 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, kejayaan Bahagian Penguatkuasaan Zon Tengah itu dicapai menerusi operasi bersepadu Ops Forte 2024.

Menurutnya, bagi kes pertama membabitkan tembakau sedut, pasukannya berjaya menyita sebuah kontena yang dibawa masuk dari sebuah negara di Asia Selatan pada 18 Mac lalu.



Katanya, sitaan itu membabitkan sebuah kontena bersaiz 40 kaki di Pelabuhan Utara yang menyimpan 17,500.00 kilogram tembakau sedut dengan anggaran nilai dan duti/cukai berjumlah RM14,297,500.

“Siasatan lanjut ke atas kontena berkenaan berjaya menemukan sejumlah ‘snuff tobacco’ atau tembakau sedut yang disyaki tidak mempunyai permit import sah.


“Kuantiti dagangan dianggarkan 17,500.00 kg yang membabitkan nilai berjumlah RM3,325,000.00 manakala jumlah duti / cukai dianggarkan RM10,972,500,” katanya pada sidang media di pejabat JKDM Pelabuhan Utara, di sini hari ini.

Norlela berkata siasatan lanjut mendapati sindiket terbabit membuat pengikraran tidak benar ke atas dagangan dengan menyatakan ia sebagai pakaian terpakai.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Menurutnya, bagi kes gegelung besi, serbuan dibuat ke atas sebuah gudang di Zon Perdagangan Bebas, Pelabuhan Barat dilakukan pada 19 Mac lalu.



Katanya, hasil pemeriksaan ke atas gudang terbabit menemukan 221 gegelung berkenaan yang diseludup masuk untuk industri pembinaan itu dan disyaki diikrar tidak benar selain tidak mempunyai permit import.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini


“Pengimportan dagangan ini tertakluk kepada Bahagian II, Jadual II, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.



“Dua lelaki tempatan berumur 35 dan 41 tahun dipercayai pengurus gudang dan pemilik dagangan turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Norlela berkata, siasatan pihaknya mendapati modus operandi digunakan sindiket terbabit adalah dengan membuat pengikraran tidak benar ke atas deskripsi dagangan.

Katanya, pengikraran dibuat menggunakan kod tarif yang tidak dikenakan duti import, cukai jualan selain tidak tertakluk kepada duti anti-lambakan.

“Nilai dagangan dianggarkan RM3,319,500 membabitkan kuantiti rampasan gegelung. Jumlah duti import dan duti anti- lambakan yang terlibat dianggarkan berjumlah RM1,542,200,” katanya sambil mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) dan Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967.



Bagi kes minum keras pula, Norlela berkata berkata dua operasi berbeza dilakukan di Pelabuhan Barat pada 13 Mac dan 18 Mac lalu dengan nilai rampasan RM1.43 juta termasuk duit/cukai.

Katanya, sitaan keseluruhan bagi kedua-dua operasi berkenaan membabitkan 51,228 liter minuman keras yang masing-masing ditemui di dalam kontena bersaiz 40 kaki.

“Siasatan mendapati dagangan tidak mempunyai permit import yang sah di Bahagian II, Jadual II, Perintah Kastam.

“Modus operandi kedua-dua sindiket juga membuat pengikraran tidak benar bagi mengelakkan dikesan oleh pihak JKDM. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967,” katanya.



Kastam rampas tembakau sedut’, gegelung besi, minuman keras bernilai RM20.59 juta

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button