Adik rindu daddy’…’

Adik rindu daddy

Adik rindu daddy
Nur Izzati Hanapiah menunjukkan gambar arwah suaminya, Azlan Azman yang maut dalam nahas di Jalan Tongkang Pechah, Batu Pahat, semalam. – NSTP/Alias Abd Rani

BATU PAHAT: “Adik rindu ‘daddy’.”

Itu ungkapan Muhammad Rayqal Azlan, 5, ketika menatap gambar bapanya, Azlan Azman, 32, yang maut dalam kemalangan di Jalan Tongkang Pecah, di sini, pagi semalam.

Luahan anak kecil itu didengar ibunya, Nur Izzati Hanapiah, 32, yang tidak mampu menahan sebak dan menitiskan air mata.



Menceritakan perkara itu, Nur Izzati berkata, anak sulungnya mengambil gambar arwah dan mengucapkan kata-kata sedemikian.

Katanya, Azlan meninggal dunia dalam kemalangan kira-kira jam 6.30 pagi ketika menunggang motosikal Yamaha Nmax dari Sri Medan untuk pulang ke rumah di Taman Sri Wangi, Parit Bilal, Tongkang Pecah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar




Sebelum kejadian, arwah yang juga kakitangan Pejabat Pos Malaysia Batu Pahat, sempat singgah menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Jamek Tongkang Pecah sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

“Saya sempat buat panggilan video dan menghantar mesej menerusi WhatsApp kepada suami jam 6.01 pagi, namun dia tidak membacanya kerana saya dimaklumkan arwah singgah di masjid untuk solat subuh. Pada jam 6.24 pagi, saya sekali lagi menghantar mesej tapi tidak dibaca.

“Empat minit kemudian, saya cuba sekali lagi, tapi hanya dibalas satu tanda. Hati mula rasa tak sedap, saya hubungi suami, panggilan masuk ke peti suara sehinggalah mendapat panggilan abang sepupu memaklumkan kejadian menimpa suami,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Nur Izzati yang sarat mengandung anak keduadan dijangka bersalin hujung bulan ini, berkata arwah suaminya tidak sabar menunggu kelahiran anak kedua mereka, menjadi antara insan paling gembira, malah segala kelengkapan untuk menyambut kelahiran sudah siap sepenuhnya.



“Arwah juga sempat memberikan nama anak kedua kami yang bakal lagir, iaitu Muhammad Haiqal,” katanya turut memaklumkan, pagi tadi, Muhammad Rayqal pula memberitahu bermimpi bapanya datang yang menyebabkan dia makin sebak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid tempelak Annuar Musa , “Sekadar kisah lapuk”


“Arwah memang penyayang dengan anak, sebab itulah Muhammad Rayqal tidak boleh melupakan ayahnya,” katanya yang tidak sanggup menatap media sosial sejak semalam kerana penuh dengan gambar arwah suaminya.



“Kami sangat merinduinya, sepatutnya arwah menemani saya hadir kursus teman kamar bersalin tapi Allah lebih sayangkan dia. Saya perlu kuat untuk hadapi dugaan ini. Kebetulan pula hari ini majlis ulang tahun perkahwinan kami di pihak lelaki sejak mendirikan rumah tangga pada 2017,” katanya.

Adik rindu daddy

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button