Padah ugut pengawal keselamatan guna keris

Padah ugut pengawal keselamatan guna keris

Padah ugut pengawal keselamatan guna keris
Keris dan batang besi yang dirampas polis dipercayai digunakan suspek untuk mengugut pengawal keselamatan. NSTP/Ihsan PDRM

MELAKA: Polis menahan seorang penganggur kerana disyaki mengugut pengawal keselamatan menggunakan sebilah keris dan sebatang besi di Pulau Besar, di sini, petang semalam.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan berhampiran sebuah resort di pulau berkenaan, kira-kira jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata sebelum kejadian jam 2.15 petang, seorang pekerja resort di pulau itu menerima laporan daripada pengawal keselamatan mengatakan terdapat lelaki tidak dikenali bertindak memotong dawai di bahagian kafe premis terbabit.



Beliau berkata, lelaki itu disyaki hendak melakukan jenayah curi kerana sudah menceroboh masuk ke dalam kawasan premis.

“Tindakan suspek bagaimanapun dihalang oleh pengawal keselamatan tetapi suspek bertindak menghunus sebilah keris kecil dan batang besi.

“Menyedari kehadiran rakan pengawal terbabit, suspek melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis bergegas ke Pulau Besar, bagi menjejaki suspek.



“Semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah dan jenayah.

“Malah, siasatan lanjut mendapati suspek yang beralamat di Pulau Pinang, sudah sebulan tinggal di Pulau Besar selain sebelum ini dikatakan hampir setiap bulan dia akan ke pulau itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Christopher berkata, suspek kini direman empat hari sehingga 23 Disember ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Waktu Untuk Muhyiddin Turun Naik Mahkamah Sudah Bermula



Padah ugut pengawal keselamatan guna keris

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


 

Waktu Untuk Muhyiddin Turun Naik Mahkamah Sudah Bermula



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading