Shahril Hamdan Mula Merisik Untuk Kembali Kepada UMNO

Shahril Hamdan Mula Merisik Untuk Kembali Kepada UMNO

Shahril Hamdan Mula Merisik Untuk Kembali Kepada UMNO

 

2 rakan yang telah membuat kesilapan yang besar dalam karier politik mereka kini ibarat bahtera yang belayar tanpa halatuju yang jelas.

Khairy Jamaluddin (KJ), mantan Ketua Pemuda UMNO dipecat keahliannya.



Beliau dipecat kerana secara terbuka telah memburukkan parti sendiri ketika berkempen di PRU 15.

Sementara mantan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, telah digantung keahlian selama 6 tahun kerana melanggar disiplin parti sejak 2023.

Kini sudah hampir setahun selepas kedua-dua mereka menerima hukuman mereka.

Sebagai ahli politik yang pernah berada di kemuncak karier politik mereka, sudah tentu kerinduan untuk kembali aktif semakin mencengkam diri mereka.



Mungkin agak mustahil bagi akar umbi dan pemimpin UMNO untuk menerima kembali KJ.

Ini adalah kerana kesalahan yang beliau lakukan telah meninggalkan luka yang amat mendalam.

Kalau pun akan sembuh, ianya pasti akan memakan masa yang sangat lama.

Tetapi peluang masih terbuka kepada Shahril.



Apa yang beliau mesti lakukan adalah meyakinkan akar umbi dan pemimpin UMNO bahawa beliau menyesali kesalahan yang pernah beliau lakukan.

Lebih penting lagi, beliau mesti bersabar.

Juga membuktikan walau pun beliau digantung keahlian, tetapi jiwa dan kesetiaan beliau masih lagi pada UMNO.

@acik.mantera



Shahril Hamdan Mula Merisik Untuk Kembali Kepada UMNO

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Dalam satu rancangan podcast bersama dengan KJ, Shahril dilihat cuba memujuk Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi.

Tanpa berselindung, Shahril cuba menyampaikan mesej, DS Zahid sebenarnya adalah wira UMNO yang tidak didendang.



Shahril menyingkap kembali beberapa tindakan tidak popular yang telah dilakukan DS Zahid untuk menyelamatkan UMNO.

Walau pun tindakan itu pada permulaannya mendapat kritikan dan kecaman, tetapi akhirnya terbukti keputusan yang dibuat oleh DS Zahid adalah betul.

Shahril juga menyatakan keyakinan bahawa DS Najib akan dapat keluar dari penjara dengan tindakan berani DS Zahid.

Namun, sekiranya benar Shahril mahu kembali semula kepada UMNO, paling penting beliau mesti ikhlas.



Kalau tidak, lupakan sahaja.

 

Shahril Hamdan Mula Merisik Untuk Kembali Kepada UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading