Lelaki dikhuatiri hilang di laut, bot ditemui terdampar di pantai
Lelaki dikhuatiri hilang di laut, bot ditemui terdampar di pantai
KOTA BHARU: Seorang lelaki dikhuatiri hilang di laut selepas bot nelayan tanpa tuan ditemukan terdampar di Jalan Pantai Mek Mas, Kampung Kedai Buloh di sini, malam ini.
Penemuan itu disedari orang awam yang melaporkan kejadian kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) jam 7.15 malam tadi.
Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Penguasa Bomba Kanan I, Che Mazlan Muhamad berkata, lelaki yang dilaporkan hilang berusia 28 tahun.
Katanya, bot berkenaan ditemui terdampar di tepi pantai bersama barangan.
Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai terjatuh di tengah laut beberapa batu nautika dari pesisir pantai.
“Menurut maklumat keluarga, mangsa dikatakan keluar ke bersendirian pada jam 2 petang tadi dan masih boleh dihubungi sehingga jam 5 petang.
“Kira-kira jam 6 petang, mangsa gagal dihubungi dan menghampiri senja, orang awam menemui bot mangsa terdampar di tepi pantai sebelum melaporkan kepada pihak bomba,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Che Mazlan berkata, mangsa tidak turun ke laut sepenuh masa, sebaliknya menggunakan bot bapanya yang menjadi nelayan.
Katanya, pihak bomba membuka pos bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dan enam anggota BBP Kota Bharu terbabit dalam operasi.
“SAR akan diteruskan pagi esok,” katanya.
Lelaki dikhuatiri hilang di laut, bot ditemui terdampar di pantai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Perikatan Nasional Tiba-Tiba Menjadi Terpaling Membela Najib
- Perbandingan Antara Musa Jauhi Mahathir Dengan Zahid Sokong Dakwaan Wujud Titah Adendum Langsung Tidak Berasas
- PAS Dan Gerakan Bertegas Mahu Letakkan Calon Masing-Masing Dalam PRK Kuala Kubu Baharu
-
Affidavit Zahid bikin Anwar “off guarded” dan terpaksa bersilat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Lateefa Koya – Negara sudah jadi Banana Republic ketika kamu dedah bualan pemimpin negara.
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.