Iphone, AS$15,000 harga jual anak

Iphone, AS$15,000 harga jual anak

Iphone, AS$15,000 harga jual anak
LELAKI ditahan kerana cuba menjual bayinya yang berusia enam hari secara dalam talian. FOTO Agensi.

Baghdad: Agensi perisikan Iraq menahan seorang lelaki kerana disyaki cuba menjual anaknya yang berusia enam hari secara dalam talian.

Gulf News melaporkan, lelaki itu didakwa meletakkan harga untuk bayinya sebanyak AS$15,000 (RM71,085) dan sebuah telefon pintar model iPhone.

Video yang dikeluarkan agensi itu menunjukkan operasi berlangsung yang membawa kepada penahanan bapa terbabit.



Rakaman itu mendedahkan suspek ditahan ketika sedang berurusan untuk menukar bayi itu dnegan wang.

Kesanggupannya berpisah dengan anaknya menunjukkan betapa terdesaknya lelaki terbabit untuk mendapat wang.

Suspek dihadapkan ke mahkamah untuk pendakwaan namun butiran lanjut tidak didedahkan.

Iphone, AS$15,000 harga jual anak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button