AS kenakan sekatan ke atas bank Myanmar

AS kenakan sekatan ke atas bank Myanmar

AS kenakan sekatan ke atas bank Myanmar
Tentera Myanmar berkawal di Yangon ketika pesta air dipanggil Thingyan. – Foto AFP

Sekatan itu dibuat ketika kumpulan masyarakat sivil Myanmar berulang kali menggesa bank-bank itu disenarai hitam dan langkah serupa wajar dikenakan terhadap industri gasnya.

Menurut Setiausaha Perbendaharaan untuk Keganasan dan Perisikan Kewangan Brain Nelson dalam satu kenyataan, rejim tentera memanfaatkan akses kerajaan ke pasaran antarabangsa untuk mengimport senjata dan bahan, termasuk daripada entiti Russia yang dikenakan sekatan untuk meneruskan keganasan dan penindasan.

Menurut Badan Pemantau Persatuan Bantuan bagi Tahanan Politik yang berpangkalan di Thailand berkata, 3,685 orang dibunuh oleh tentera sejak rampasan kuasa pada 1 Februari 2021.



Sementara itu, pemimpin pembangkang Myanmar yang hidup dalam buangan, pemangku Presiden Duwa Lashi La, mengalu-alukan sekatan AS namun menggesa agar lebih banyak sekatan dibuat.

Masyarakat antarabangsa mesti menghalang junta daripada menggunakan pasaran tukaran asing dan menyekat aliran pendapatan mereka seperti sektor minyak dan gas, tulisnya di Twitter. – BERNAMA-UPI

AS kenakan sekatan ke atas bank Myanmar
Bandar Kyauktaw di Myanmar dalam negeri Rakhine bersempadan dengan Bangladesh. – Foto AFP

AS kenakan sekatan ke atas bank Myanmar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading