Anak Tina Turner ditahan kes dadah

Anak Tina Turner ditahan kes dadah

Anak Tina Turner ditahan kes dadah
Tina Turner meninggal dunia, baru-baru ini. – Foto AFP

LOS ANGELES: Ike Turner Jr, anak kepada mendiang pemuzik Ike dan Tina Turner ditahan di Texas bulan lalu selepas disyaki memiliki kokain dan mengganggu bukti, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik majalah People pada Rabu.

Polis di Alvin, Texas, menahan lelaki berusia 64 tahun itu selepas menemui 1.7 gram (g) kokain dan 0.7 g methamphetamine dalam pemilikannya, menurut majalah itu.

Ike Turner Jr, yang juga seorang pemuzik, dijatuhi hukuman penjara, 18 hari sebelum ibunya meninggal dunia pada usia 83 tahun pada 24 Mei.



Pegawai dari Jabatan Polis Alvin, Kapten QT Arendell memberitahu People, polis merampas dadah yang dijumpai itu selepas mendapati Turner cuba memakan bahan terlarang itu.

Turner ketika ini ditahan di Penjara Daerah Brazoria dengan jaminan US$70,000, lapor People.

Seorang penumpang dalam kereta itu, Jessica Salinas-Esquivel, turut didakwa memiliki bahan terkawal (methamphetamine).

People dan The Times, tidak dapat menghubungi peguam pemuzik itu.



Ike dan Tina Turner memiliki empat orang anak, termasuk Ike Turner Jr. – BERNAMA-dpa

Anak Tina Turner ditahan kes dadah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading