Bahana tengking mak mentua

Oleh – Syeikh Baran


Bahana tengking mak mentua
Gambar Hiasan

Seorang pemandu lori ditahan selepas mencederakan abang ipar dalam kejadian di sebuah kediaman Lembah Jaya, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, mangsa seorang lelaki berusia 37 tahun memaklumkan dicederakan suspek kira-kira jam 3 petang, 12 April lalu.



“Kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumah. Ibu mentua dan adik iparnya datang ke rumah sebelum berlaku pertengkaran berkaitan isu rumahtangga.

“Ketika pertengkaran berlaku, mangsa ditumbuk oleh adik iparnya kerana dikatakan meninggi suara kepada ibu mentua,” katanya tadi.

Nazruel berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian siku, belakang badan dan kaki.

“Susulan itu suspek lelaki berusia 27 tahun berjaya ditahan Khamis lalu.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumnber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading