PRN SABAH–TIADA CALON BEBAS YANG MESRA BARISAN NASIONAL DI N09-TEMPASUK

PRN Sabah pada kali ini adalah pilihanraya yang amat rumit sekali berbanding pilihanraya yang telah lalu, Pada kali ini jumlah pencalonan yang amat besar dan tidak dijangka sama sekali.

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/09/WhatsApp-Video-2020-09-20-at-6.37.41-AM.mp4[/KGVID]

Amat memeranjatkan sekali apabila SPR telah mengesahkan jumlah keseluruhan calon PRN Sabah selepas menerima sebanyak 447 kertas penamaan yang layak bertanding.

Sebanyak 16 parti telah menghantar kertas penamaan calon. Diantara keseluruhan parti tersebut PCS atai Parti Cinta Sabah telah menghantar 73 nama sebagai calon, sedangkan Parti Warisan Sabah telah menghantar 53 calon sahaja.

Sebagai pelengkap demokrasi, seramai 56 calon Bebas telah disahkan akan bertanding dalam PRN Sabah pada kali ini.



Menurut sumber yang terkini mengatakan kehadiran calon Bebas ini sememangnya dirancang untuk memecahkan undi dan untuk mengelirukan pengundi sewaktu membuat pilihan.

Semalam, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa kesemua calon Bebas yang bertanding dan tiada satu pun yang berpihak kepada Barisan Nasional atau pun Perikatan Nasional.

Bagi DUN Tempasuk pula, pertembunagan 6 penjuru. Barisan Nasional pula yang dipimpin oleh Arsad bin Bistari akan berdepan pertandingan 6 penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Sebanyak 11,996 pengundi berdaftar di DUN Tempasuk. Pada kali ini DUN Tempasuk telah melihat perkembangan positif dikalangan anak muda untuk kembali menyokong Barisan Nasional. Ini merupakan satu perkembangan yang baik.



Sokongan anak-anak muda juga dilihat telah mula memihak kepada calon Barisan Nasional dan begitu juga dari pelbagai peringkat golongan lain turut menyatakan maklum balas yang sama iaitu untuk bersama-sama membentuk kerajaan baru.

 

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

KERTAS PUTIH FELDA – AZMIN ALI BENTANG KERTAS SKRAP? (EPISOD 2)

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker