464 mangsa banjir di Maran ditempatkan di PPS

464 mangsa banjir di Maran ditempatkan di PPS

464 mangsa banjir di Maran ditempatkan di PPS
Air sudah mulai surut di beberapa kampung selepas dilanda banjir awal pagi tadi. – Foto ihsan APM

MARAN: Seramai 464 penduduk daripada 119 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir di beberapa kawasan di daerah ini akibat hujan lebat, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Maran, Kapt (PA) Mohd Nor Azhar Yusof, berkata antara kampung yang dinaiki air adalah Kampung Kuala Sentul, Sri Jaya,Kampung New Zealand, Taman Sri Chedung, Kampung Baru Sungai Chedong dan Kampung Berkat.

Beliau berkata, sehingga kini Pusat Pemindahan Banjir Kampung Baru Sungai Chedung menempatkan 252 mangsa, manakala 26 lagi berada di Balai Raya Kampung Berkat.



“Sehingga tengah hari tadi, PPS Kampung Baru, Sungai Chedung menempatkan 252 mangsa dan PPS SK Kuala Sentul seramai 207 mangsa.

“Di Balai Raya Kampung Bak Bak pula terdapat satu keluarga dengan dua mangsa dan di surau Kampung Bintang satu keluarga dengan tiga mangsa,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button