Sistem pencen mansuh, wakil rakyat dan menteri lakukan dahulu

 

Oleh Pena Merah

Sistem pencen mansuh, wakil rakyat dan menteri lakukan dahulu
Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon

Wakil rakyat dan menteri di negara ini perlu mendahului dan mengguna pakai inisiatif pemansuhan skim pencen yang mahu dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon, berkata langkah itu wajar dilaksanakan kerana wakil rakyat dan menteri perlu menjadi contoh dan berada di garisan hadapan.



Susulan itu, Tian Soon yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor memohon kerajaan mengkaji semula dasar berkenaan dengan tidak hanya melaksanakan pemansuhan membabitkan pencen penjawat awam saja.

“Memang benar beban kewangan kerajaan kita berat, tetapi janganlah sesekali menolak rakyat kita ke depan dulu dalam isu pencen ini.

“Tambahan pula sektor kesihatan kita mengalami kekurangan staf seperti doktor dan jururawat yang serius. Jadi, isu ini akan semakin teruk sekiranya rakyat tidak mahu berkhidmat dengan kerajaan disebabkan pemansuhan pencen dan tawaran kontrak ini.

“Skim gaji juga perlu dikaji semula bagi memastikan perkhidmatan awam kita kompetitif. Sebarang dasar dilaksanakan perlu diteliti bagi memastikan ia tidak menjejaskan perkhidmatan awam negara kita,” katanya.



Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Kabinet bersetuju supaya perjawatan bagi penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Katanya, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, manakala penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

-Berita Harian-

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading