Bunuh model: Polis HK geledah tapak pelupusan sampah
Bunuh model: Polis HK geledah tapak pelupusan sampah

HONG KONG: Polis Hong Kong menggeledah tapak pelupusan sampah bagi mendapatkan bukti berkaitan pembunuhan kejam model Abby Choi yang bahagian badannya dipotong-potong dan ditemukan dalam peti sejuk dan periuk.
Bekas suami mangsa, Alex Kwong, bapanya, Kwong Kau dan abangnya, Anthony Kwong didakwa membunuh selepas polis menemukan mayatnya di sebuah rumah yang disewa oleh Kwong Kau di kawasan pinggir bandar Hong Kong.
Ibu Alex Kwong, Jenny Li, pula berdepan satu pertuduhan iaitu memutarbelitkan kenyataan.
Keempat-empat mereka ditahan tanpa jaminan.
Kesemua tertuduh belum membuat pengakuan manakala perbicaraan ditangguhkan sehingga Mei ini.
Pada pagi Selasa, lebih 100 pegawai yang memakai pakaian pelindung Unit Pengendali Bahan Berbahaya (Hazmat) membuat pemeriksaan ke Tapak Pelupusan Wilayah Baru Timur Laut di Ta Kwu Ling, kira-kira 15 minit pemanduan dari tanah besar China.
Mereka mencari bahagian badan Abby yang hilang dengan menggunakan jengkaut dan penyodok.
Polis berkata, sebelum ini mereka masih mencari tangan dan tubuh badannya.
Superintendan Alan Chung memberitahu, suspek membuang beberapa beg yang mengandungi bukti penting pada pagi 22 Februari lalu.
Beg itu, katanya dikhuatiri mengandungi beberapa bahagian tubuh manusia atau mungkin pakaian dan telefon mangsa atau juga senjata.
Chung berkata, mereka bagaimanapun belum menemukan apa-apa yang besar selain tulang, namun, polis tidak dapat pastikan sama ada ia milik manusia atau haiwan.
Keluarga Abby semuanya berpakaian hitam kelihatan berkumpul berhampiran di kawasan rumah di mana bahagian tubuhnya ditemukan bagi memberi penghormatan.
Mereka sebelum itu melawat rumah mayat untuk mengenal pasti identiti mangsa. –CNN
Bunuh model: Polis HK geledah tapak pelupusan sampah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akta SPRM Memberi Kuasa Untuk SPRM Menyiasat Siapa Sahaja Termasuk Ketua Hakim Negara
- Hadi Awang Dedahkan Perancangan PN Untuk Tumbangkan Kerajaan
- Dulu Mahathir pecat Ketua Hakim Tun Salleh Tidak perlu “adab” dan “protokol” pun.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :