Polis buru lelaki dera isteri hingga mati

Polis buru lelaki dera isteri hingga mati

Polis buru lelaki dera isteri hingga mati
Suspek dikenal pasti sebagai Mohamed Imran Mohamed berusia 32 tahun. – Foto ihsan polis

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai mangsa kes pukul dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kajang di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata polis kini sedang memburu suami mangsa berusia 32 tahun yang disyaki ada kaitan dengan kematiannya.

Beliau berkata, polis menerima laporan kejadian daripada seorang jururawat di hospital swasta itu jam 12.15 tengah malam, hari kejadian.



“Pihak hospital memaklumkan terima pesakit iaitu seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disyaki sudah meninggal dunia.

“Mangsa dihantar ke hospital oleh suaminya yang kemudian menghilangkan diri selepas mendapat tahu isterinya itu sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akhirnya ‘cuti sakit’ tamat, Zeti hadir ke Mahkamah




Mohd Zaid berkata, pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan hospital swasta berkenaan menemui kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Pakar patologi Hospital Serdang mengesahkan wanita berusia 38 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan dalaman yang serius dipercayai akibat dipukul objek tumpul,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku di di sebuah pangsapuri di Sungai Long, Kajang dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

“Polis sedang mengesan suami mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.



“Suspek dikenal pasti sebagai Mohamed Imran Mohamed, dengan alamat terakhir di B-11-11, Apartment Sutera Pines, Jalan Sutera Pines, Sungai Long, Kajang,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan R K Umesh di talian 012-6114900 bagi membantu siasatan.

Polis buru lelaki dera isteri hingga mati


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading