Bebas 5 tuduhan guna dokumen palsu, bekas pengurus didakwa 47 pertuduhan menipu

Bebas 5 tuduhan guna dokumen palsu, bekas pengurus didakwa 47 pertuduhan menipu

Bebas 5 tuduhan guna dokumen palsu, bekas pengurus didakwa 47 pertuduhan menipu
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sejurus selepas dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini, hari ini daripada lima pertuduhan guna dokumen palsu serta memperdaya berhubung pembelian jongkong emas, seorang bekas pengurus perhubungan sebuah bank sekali lagi dihadapkan ke mahkamah sama atas 47 pertuduhan menipu membabitkan kerugian RM3.1 juta.

Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 45, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan baharu itu, yang dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Mengikut 47 pertuduhan, tertuduh didakwa menipu beberapa pegawai bank membabitkan wang berjumlah RM3.1 juta di sebuah bank di Bangsar, Brickfields di sini, antara Mac 2021 dan Jun 2021.



Tertuduh didakwa memperdayakan mereka (pegawai bank) antaranya berhubung pengeluaran wang, kiriman wang dan jongkong emas, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Rullizah Abdul Majid menawarkan jaminan RM180,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan, dengan mengambil kira kerugian kes itu membabitkan RM3.1 juta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akhirnya ‘cuti sakit’ tamat, Zeti hadir ke Mahkamah



Terdahulu, Hakim Sabariah membebaskan Mohd Saibulrijal daripada lima pertuduhan menggunakan dokumen palsu, dengan memperdayakan seorang wanita bagi pembelian jongkong emas.

Sabariah dalam penghakimannya berkata, anggapan pihak pendakwaan, yang menyatakan tertuduh mempunyai pengetahuan untuk mengawal dan mempengaruh dalam meluluskan pembatalan deposit bagi pembelian jongkong emas, adalah satu keterangan yang tidak kukuh dalam kes prima facie.

“Dalam kes ini, barang kes iaitu wang tunai dan jongkong emas tidak pernah dijumpai dalam simpanan dan pegangan tertuduh, dalam semua masa material.

“Pihak pendakwaan juga gagal untuk membawa keterangan yang kukuh bagi membuktikan elemen-elemen penting, maka satu kes prima facie terhadap tertuduh bagi kesemua pertuduhan telah gagal dibuktikan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan bebaskan tanpa dipanggil membela diri bagi kesemua pertuduhan,” kata hakim.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing


Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Saibulrijal didakwa memperdayakan seorang pegawai bank (mangsa wanita) untuk mempercayai bahawa Choo Lai Hock (pelanggan), hendak membatalkan akaun deposit miliknya dengan memberikan mangsa satu borang pembatalan yang dikatakan ditandatangani oleh Choo.

Perbuatan itu mendorong mangsa meluluskan pembatalan akaun bernilai RM411,442.17 milik Choo, sebelum wang tersebut dipindahkan ke dalam akaun bank milik Choo, sedangkan lelaki itu tidak menandatangani borang pembatalan tersebut dan tidak berniat untuk berbuat demikian.



Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperdayakan wanita itu, untuk mempercayai Choo hendak membeli jongkong emas, sehingga mendorong mangsa meluluskan pembelian jongkong emas yang keseluruhannya bernilai RM376,110.72, sedangkan Choo tidak berniat untuk membeli jongkong emas itu.

Lelaki itu juga didakwa memperdayakan mangsa sama, dengan menyatakan Choo berada di sebuah bank di Bangsar untuk mengambil jongkong emas yang dikatakan dibeli oleh Choo.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Bangsar pada 6 September 2021, mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?



Mohd Saibulrijal turut berdepan dua lagi pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung borang pembatalan akaun deposit dan pembelian jongkong emas di lokasi dan tarikh sama, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula pada 8 Mei lepas. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ayuni Izzaty Sulaiman, manakala peguam Nor Asyikin Zakaria mewakili tertuduh. – BERNAMA

Bebas 5 tuduhan guna dokumen palsu, bekas pengurus didakwa 47 pertuduhan menipu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button