Polis siasat 216 kes tipu pelaburan patuh syariah

Polis siasat 216 kes tipu pelaburan patuh syariah

Polis siasat 216 kes tipu pelaburan patuh syariah
– Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 216 kes penipuan pelaburan patuh syariah membabitkan kerugian lebih RM11.29 juta dalam siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Pengarahnya, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata kesemua kes itu daripada laporan yang diterima bagi tempoh 1 Januari sehingga 11 Ogos lalu.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



“Usaha untuk mengesan dan menahan sindiket penipuan itu sedang giat dijalankan bagi memastikan kegiatan terbabit dapat segera dibanteras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro menerusi laporan khas sebelum ini melaporkan terdapat lebih 500 mangsa tampil membuat aduan selepas mendakwa terpedaya dengan penipuan skim pelaburan patuh syariah membabitkan kerugian mencecah RM1 bilion.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid




Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim yang berkata, skim pelaburan seumpama itu sudah wujud sejak 2015, tetapi semakin trending pada tahun ini.

Sindiket penipuan itu menggunakan syarikat berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan syarikat ala patuh syariah dengan menawarkan skim pelaburan.

Mereka juga menggunakan nama besar dan individu kenamaan, selain menggunakan nama institusi perbankan terkemuka.

Taktik ini menyebabkan ramai tertipu kerana yakin syarikat yang mereka labur itu sah disebabkan ada sijil patuh syariah dan kebenaran Suruhanjaya Sekuriti.



Mengulas lanjut, Ramli mengingatkan masyarakat supaya tidak terpedaya dengan promosi pelaburan yang memaparkan gambar figura terkenal dan menjanjikan keuntungan terlalu lumayan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin lari dari Parlimen, menantu lari dari SPRM


Beliau berkata, orang ramai perlu menyemak kesahihan daripada agensi berkaitan sebelum menyertai skim pelaburan tertentu.



Katanya, pelabur boleh mendapatkan nasihat serta maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997, portal Semak Mule, Alert Risk Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti.

Polis siasat 216 kes tipu pelaburan patuh syariah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Azmin Ali dan Harisson, ‘Skandal’ siapa lebih besar?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading