Empat suspek samun rempuh penunggang GrabFood mati ditembak polis

25/12/2020 06:24 PM

SUNGAI BULOH, 25 Dis — Empat lelaki yang dipercayai menyamun sebuah rumah di Rawang dekat sini hari ini, mati ditembak oleh polis ketika cuba melarikan diri dalam kejadian tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, pasukan polis yang menerima maklumat tentang kejadian tersebut terserempak dengan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.



Susulan itu, pasukan kereta peronda polis tersebut bertindak mengekori kereta suspek hingga ke sebatang jalan berhampiran Hospital Sungai Buloh sebelum mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan, namun suspek enggan, memaksa polis mengejar kereta mereka hingga ke Jalan Kuala Selangor di sini.

“Kereta yang dinaiki suspek kemudian merempuh sebuah motosikal GrabFood ditunggang seorang wanita tempatan sebelum menggilis dan mengheret mangsa sejauh beberapa meter.

“Apabila suspek merempuh mangsa, suspek tidak boleh ke depan lalu cuba merempuh mangsa buat kali kedua, memaksa polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta suspek untuk menyelamatkan mangsa daripada dirempuh,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Maut ditembak biras selepas bertengkar ketika mabuk



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button