Taksub ‘Blue Whale’ hingga bunuh rakan

Taksub ‘Blue Whale’ hingga bunuh rakan

Taksub 'Blue Whale' hingga bunuh rakan
HUTAN Portugal yang menjadi lokasi pembunuhan warga Britain. FOTO Agensi.

Lisbon: Taksub dengan permainan bunuh diri ‘Blue Whale’, seorang pemuda warga Britain menikam mati rakannya di hutan Portugal.

Polis mengesahkan penahanan lelaki berusia 26 tahun itu, semalam selepas dia hadir memberi keterangan.

-ADVERTISEMENT-



Suspek juga mengaku membunuh rakannya yang berusia 35 tahun ketika bermain permainan itu.

Identiti suspek dan mangsa tidak didedahkan, menurut Mirror.

Sumber berkata, kedua-duanya adalah sebahagian daripada kumpulan warga Britain yang menginap di kawasan ‘komuniti hidup di luar grid‘ yang diuruskan pasangan pencinta alam semula jadi.

Xavier Hancock dan pasangannya, Arantxa Atauri memiliki kem komuniti dikenali Libelinha Venture itu sejak 2017, namun didakwa tidak terbabit dengan pembunuhan berkenaan.



Polis menemui mayat mangsa di pedalaman hutan antara Poco Negro dan Soalheira dekat bandar Pedrogao Grande pada Ahad.

Laporan awal menyebut, kejadian berlaku ketika kumpulan itu bergaduh apabila mula bermain permainan bunuh diri Blue Whale.

“Rakan mangsa memberitahu polis yang mereka bermain permainan itu, namun tiada bukti mengenainya dalam siasatan awal pegawai, sebelum siasatan penuh dimulakan,” kata sumber.

Sehingga semalam, penyiasat Polis Portugal (PJ) sudah menyoal siasat sekurang-kurangnya tiga lelaki dan dua wanita termasuk warga Britain yang menjadi suspek utama.



“Suspek ditahan dan siasatan sedang dilakukan terutama mengenal pasti motif kejadian,” kata sumber PJ.

Polis juga menjumpai pisau dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa di lokasi kejadian.

Permainan Blue Whale adalah cabaran dalam talian yang memerlukan peserta menyelesaikan 50 tugas dalam 50 hari.

Tugas pertama biasa tidak berbahaya seperti ‘bangun di tengah malam’ atau ‘tonton filem menakutkan.’



Bagaimanapun, semakin lama tugasan yang diberikan semakin sukar dan mengerikan seperti ‘berdiri di tebing blok menara’ atau ‘kelar tangan sendiri’.

Cabaran terakhir memerlukan peserta membunuh diri.

Taksub ‘Blue Whale’ hingga bunuh rakan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading