Tak Tahan Dengan Tekanan Di Media Sosial, Model Ambil Nyawa Sendiri

Tidak tahan dengan tekanan serta pembuli di media sosial, seorang model yang juga merupakan pencipta kandungan (content creator) dilaporkan maut gara-gara mengambil nyawanya sendiri.

Tak tahan dengan pembuli siber

Diana Deets atau lebih dikenali sebagai Coconut Kitty yang berasal dari California dilaporkan meninggal dunia pada 12 Februari lalu.



Difahamkan, Deets merupakan model dewasa untuk OnlyFans yang memiliki 5.7 juta pengikut di media sosial. Dia dipercayai mengambil keputusan mengambil nyawanya sendiri kerana masalah kemurungan.

Berita mengenai kematian ibu anak satu itu diumumkan menerusi akaun Instagram miliknya.

Pada Ahad lalu, Coconut telah mengambil nyawanya sendiri. Ini adalah tidak adil. Hidup sangat tak adil.

Dia seperti cahaya yang selalu menerangi dan membuat kami gembira.



Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan bagaimana dan mengapa Deets membunuh diri. Namun, dia dikatakan mengambil nyawanya sendiri kerana tidak tahan dengan kutukan serta pembuli di media sosial.

Sumber : The Sun



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button