Cubaan seludup arak RM10,000 gagal

LABUAN: Cubaan seorang lelaki berusia 32 tahun menyeludup keluar minuman keras dari tanah besar Labuan gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan laut pantai Navy, di sini, semalam.

Suspek ditahan PPM Labuan bersama bot laju kargo dengan muatan pelbagai jenama minuman keras bernilai hampir RM10,000.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Labuan, Inspektor Shafiq Rezza, berkata bot laju jenis kargo itu bergerak dari Labuan menuju ke Menumbuk jam 10.30 pagi sebelum ditahan anggota PPM yang sedang menjalankan rondaan.



Katanya, hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap muatan kargo itu mendapati sejumlah minuman keras pelbagai jenama dipercayai cuba diseludup keluar (dari Labuan) tanah besar.

“Seorang lelaki yang juga juragan bot laju kargo ditahan bagi membantu siasatan atas kesalahan menyeludup barangan tanpa cukai.

“Turut dirampas bot laju bersama enjin yang digunakan untuk membawa barang seludup berkenaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, nilai minuman keras yang dirampas iaitu RM9,200 termasuk cukai, manakala nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM70,000.



“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

BH online

Bukan Potongan Tangan Manusia – Polis




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading