Polis Marin patahkan cubaan seludup 200kg daun ketum ke Thailand


Photo Credit FB Pasukan Polis Marin W1 Langkawi

03/12/2020 09:28 PM

LANGKAWI, 3 Dis — Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi berjaya menggagalkan cubaan dua penyeludup untuk membawa keluar 200 kilogram (kg) daun ketum menggunakan sampan dari Kuala Perlis ke Thailand, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Satu Langkawi DSP Rohizan Mohamad Saaid berkata dalam kejadian semalam, anggota PPM Kuala Perlis yang sedang melaksanakan penugasan Ops Benteng menerima maklumat mengenai sebuah sampan membawa daun ketum dalam perjalanan ke Thailand, pada kira-kira pukul 7.45 malam.



“Susulan maklumat itu, pasukan operasi bergegas ke lokasi dan berjaya menahan sebuah sampan di kawasan muara perairan Kuala Perlis, namun dua suspek sempat melarikan diri setelah sampan mereka ditahan oleh bot PPM.

“Pemeriksaan ke atas sampan itu telah menemukan 20 bungkusan plastik mengandungi daun ketum seberat 200 kg,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rohizan berkata daun ketum bersama sebuah sampan serta enjin 18 kuasa kuda, membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM27,000 itu telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kegiatan penyeludupan juga diminta menyalurkan kepada pihak polis,” katanya.



Polis Marin tumpas 22 kes penyeludupan semasa PKP, PKPB


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading