Dua lelaki didakwa tipu projek baik pulih sekolah bernilai RM875,000

Dua lelaki didakwa tipu projek baik pulih sekolah bernilai RM875,000

Dua lelaki didakwa tipu projek baik pulih sekolah bernilai RM875,000
Mohd Syafeeq (kanan) dan Seng Nam dihadap ke Mahkamah Kuala Lumpur didakwa memperdayakan Lembaga Pengelola Sekolah Jens Kebangsaan Tamil Ladang Semenyih untuk menyerahkan RM875,000. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan memperdaya pengurusan sekolah dengan menjalankan kerja membaik pulih kemudahan sekolah bernilai RM875,000, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Syafeeq Mohd, 40, dan Cheah Seng Nam, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mereka didakwa dengan niat bersama memperdaya Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Ladang Semenyih untuk menyerahkan wang sebanyak RM875,000 dengan mempercayai mereka adalah kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan membaik pulih kemudahan di sekolah berkenaan.



Kesalahan itu dilakukan di RHB Bank Cawangan Taman Midah di sini, pada 27 Ogos 2020 hingga 8 Oktober 2020 dan mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda.

Pengawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Aliff Shaharuzaman memohon dua lelaki itu masing-masing diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di pejabat SPRM Selangor pada minggu pertama setiap bulan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat




Peguam Ridha Abdah Subri mewakili kedua-dua tertuduh memohon anak guamnya diikat jamin RM12,000 setiap seorang atas alasan mereka memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM sepanjang siasatan dijalankan.

“Mohd Syafeeq kini berniaga kedai minuman secara kecilan manakala Seng Nam adalah bapa tunggal yang mana isterinya baru sahaja meninggal dunia dan dia perlu menyara seorang anak berumur tujuh tahun.

“Saya tidak membantah dengan syarat-syarat tambahan itu. Kedua-dua anak guam saya sebelum ini sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan sama. Oleh itu, pasport mereka diserahkan kepada mahkamah berkenaan,” katanya.

Hakim Rozina membenarkan dua lelaki itu masing-masing diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan mereka perlu melapor diri di pejabat SPRM Selangor pada minggu pertama setiap bulan serta tarikh sebutan semula ditetapkan pada 25 Oktober ini.



Pada 13 September, kedua-dua lelaki itu didakwa Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua tuduhan memperdaya lembaga pengelola sekolah dengan menjalankan kerja baik pulih fasiliti bernilai lebih RM1.2 juta, tiga tahun lalu.

Dua lelaki didakwa tipu projek baik pulih sekolah bernilai RM875,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading