Salah cetus kebangkitan Mesir ikat Angola

Salah cetus kebangkitan Mesir ikat Angola
Kapten Mesir Mohamed Salah mencetus kebangkitan untuk keputusan 2-2 menentang Angola dalam aksi kelayakan Piala Dunia zon Afrika di Johannesburg. – Foto AFP

 

Salah cetus kebangkitan Mesir ikat Angola

JOHANNESBURG: Umpanan menarik daripada kapten Mesir Mohamed Salah mencetus kebangkitan untuk keputusan 2-2 menentang Angola dan tempat dalam peringkat kelayakan akhir Piala Dunia zon Afrika.

Bintang Liverpool itu melorongkan bola di antara dua pertahanan untuk pemain tengah Arsenal Mohamed Elneny merapatkan jurang selepas Angola mendahului dua gol sebelum rehat.



Akram Tawfik menyamakan kedudukan di babak kedua untuk Mesir mendahului Kumpulan F dengan kelebihan empat mata ke atas Gabon.

Sementara itu pendahulu Kumpulan A Algeria melebarkan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan kepada 32 selepas membelasah Djibouti 4-0 di Kaherah.

Algeria mengatasi rekod Afrika dipegang Ivory Coast pada Jun dan kini berpeluang melepasi rekod dunia 37 perlawanan dicatat Itali tahun ini.

Salah, yang dinobatkan Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris dan Gol Terbaik bulan ini dikerumuni peminat yang masuk ke padang untuk bergambar dengannya sebelum perlawanan.



“Dia salah seorang pemain terbaik di dunia, tetapi amat merendah diri. Sikapnya sebelum perlawanan menentang Angola perlu dicontohi,” kata penolong jurulatih Mesir Roger de Sa.

Salah bagaimanapun masih belum menjaringkan gol dalam empat perlawanan selepas menemui sasaran dalam 10 perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Salah juga sempat meredakan ketegangan di tepi padang apabila pengendali Mesir Carlos Queiroz ditolak oleh pemain Angola.

Satu mata dikutip itu meletakkan Mesir semakin hampir untuk penampilan keempat di Piala Dunia. Mereka dijemput buat pertama kali pada kejohanan tahun 1934 di Itali dan kemudian layak untuk edisi 1990 di negara sama serta 2018 di Russia.



Mesir juara kumpulan keempat selepas Senegal, Maghribi dan Mali mengesahkan tempat ke pusingan play-off Mac depan yang akan menentukan lima pasukan Afrika ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

Salah cetus kebangkitan Mesir ikat Angola


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button