Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi

Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi

Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi
Gambar fail. – NSTP/HAZREEN MOHAMAD

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kembali pulih apabila mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih mengukuh serta menongkah arus aliran prestasi kebanyakan pasaran serantau yang negatif, kata peniaga.

Pada 5 petang, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.12 mata atau 0.37 peratus kepada 1,393.45 daripada 1,388.33 pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama yang dibuka susut 2.60 pada paras 1,385.73 pagi ini, bergerak dalam jajaran 1,383.88 hingga 1,395.85 sepanjang sesi hari ini.



Sentimen pasaran secara amnya positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 422 berbanding 415 manakala 436 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,022 tidak diniagakan dan 18 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.06 bilion unit bernilai RM1.80 bilion berbanding 2.85 bilion unit bernilai RM1.75 bilion pada Selasa.


Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup lebih tinggi susulan minat pelabur memburu saham pada harga lebih rendah selepas aktiviti jualan semalam.

Dalam pada itu, pasaran serantau utama meneruskan aliran penurunan berikutan petunjuk bercampur-campur daripada prestasi semalaman pasaran utama global ketika pelabur kekal berhati-hati menjelang keterangan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell di Kongres, lewat hari ini.

“Di peringkat tempatan, biarpun terdapat peningkatan sentimen, kami lebih cenderung untuk kekal berhati-hati memandangkan ketidaktentuan pasaran terus ketara dalam masa terdekat di tengah-tengah kedudukan jualan berlebihan.

“Kami juga percaya bahawa minat belian dalam saham mewah akan berterusan dan mengunjurkan indeks utama bergerak dalam jajaran 1,385 hingga 1,400 bagi tempoh berbaki minggu ini. Dari sudut teknikal, indeks penanda aras telah pun melepasi paras rintangan 1,390 dan bersedia untuk cuba ke paras psikologi 1,400,” katanya kepada Bernama.



Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 1.98 peratus kepada 19,218.35; Indeks Komposit SSE China susut 1.31 peratus kepada 3,197.90 dan Kospi Korea Selatan menguncup 0.86 peratus kepada 2,582.63.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perangai Pelik Ahli UMNO


Indeks Straits Times Singapura menokok 0.22 peratus kepada 3,227.18 dan Nikkei 225 Jepun naik 0.56 peratus kepada 33,575.14.



Di bursa tempatan menyaksikan saham-saham wajaran tinggi seperti Maybank naik sembilan sen kepada RM8.74; Public Bank meraih tiga sen kepada RM3.91 dan CIMB menambah 11 sen kepada RM5.25.

Tenaga Nasional susut tiga sen kepada RM9.19 dan IHH Healthcare merosot 13 sen kepada RM5.87.

Bagi saham aktif, Bumi Armada menokok 4.5 sen kepada 48.5 sen, RGB International naik 2.5 sen kepada 33.5 sen dan Sarawak Consolidated meraih satu sen kepada 44.5 sen.

Classita menokok setengah sen kepada 9.5 sen manakala Borneo Oil tidak berubah pada 1.5 sen.



Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas naik 44.92 mata kepada 10,250.46; Indeks FBMT 100 meraih 44.97 mata kepada 9,951.46 dan Indeks FBM 70 melonjak 96.53 mata kepada 13,477.88 namun Indeks FBM ACE turun 1.04 mata kepada 5,088.02.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan


Mengikut sektor, Indeks Tenaga meraih 3.89 mata kepada 783.89; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.25 mata kepada 159.29; Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 158.78 mata kepada 15,472.29 dan Indeks Perladangan sebaliknya susut 16.0 mata kepada 6,724.37.



Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.15 bilion unit bernilai RM1.55 bilion daripada 1.96 bilion unit bernilai RM1.54 bilion, sebelum ini.

Waran pula meningkat kepada 395.97 juta unit bernilai RM50.68 juta daripada 361.0 juta unit bernilai RM50.26 juta.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan berkurangan kepada 509.32 juta saham bernilai RM202.59 juta daripada 512.56 juta saham bernilai RM163.45 juta, semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 358.16 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (857.59 juta); pembinaan (50.58 juta); teknologi (150.07 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (86.84 juta); hartanah (184.45 juta); perladangan (51.54 juta); REIT (8.25 juta), ditutup/dana (59,500); tenaga (208.39 juta); penjagaan kesihatan (74.02 juta); telekomunikasi dan media (48.68 juta); pengangkutan dan logistik (19.86 juta) serta utiliti (49.73 juta). – Bernama

Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading