Bunuh pemandu Grab, lelaki warga India, Myanmar diperintah bela diri
Bunuh pemandu Grab, lelaki warga India, Myanmar diperintah bela diri

SHAH ALAM: Dua lelaki, masing-masing dari India dan Myanmar diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab warga Malaysia, lima tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap warga Myanmar, Sua Lay, 38, dan warga India, Gurpreet Singh, 28.
“Setelah meneliti segala bukti dan hujahan, mahkamah mendapati terdapat kes prima facie. Ini melibatkan penemuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh kedua (Gurpreet) di lokasi kejadian.
“Ia juag berdasarkan keterangan membabitkan tertuduh pertama (Sua Lay) yang memandu arah bagi penemuan kunci kereta si mati, selain anggaran kasar tempoh kematian antara satu ke dua hari bersesuaian dengan pertuduhan yang dikemukakan,” katanya.
Sua Lay dan Gurpreet didakwa dengan niat bersama-sama membunuh Aiman Nosri, 27, di tempat letak kereta, lorong belakang Blok C di Taman Selayang Makmur, Selayang Baru, Batu Caves, pada 10.08 malam, 21 Jun 2018.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesej Dari Langit Kepada Pentaksub Pemimpin Zalim
- Shahril Hamdan Persoal Lantikan Dr Asyraf Sebagai Pengerusi MARA
- Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki ‘Datuk Roy’
Kedua-dua tertuduh memilih memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi pada prosiding pembelaan yang ditetapkan pada 9, 16,17 dan 18 Mei ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammed Heikal Ismail, manakala Sua Lay diwakili peguam, Datuk Rajpal Singh dan Gurpreet diwakili peguam, Muhamad Amirul Jamaluddin. – BERNAMA
Bunuh pemandu Grab, lelaki warga India, Myanmar diperintah bela diri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh
- Mahathir mahu tunggang GTA – GTA akan tunggang PN
- Wave “GELABAH” tidak akan menjadi kerana tiada ketulenen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :