Penghantar barang dipenjara 12 bulan

Penghantar barang dipenjara 12 bulan

Penghantar barang dipenjara 12 bulan
Herman (tengah) didapati menipu mangsa, seorang wanita berusia 33, dengan memperdaya untuk memasukkan wang RM3,998 ke dalam akaun bank milik seorang lelaki. – Foto NSTP/Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Penghantar barang dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menipu seorang wanita dalam urusan jual beli kepingan emas palsu.

Majistret Don Stiwin Malanjum, memutuskan hukuman itu ke atas Herman Kamarudin, 30, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Herman didapati menipu mangsa, seorang wanita berusia 33, dengan memperdaya untuk memasukkan wang RM3,998 ke dalam akaun bank milik seorang lelaki.



Wang terbabit bagi tujuan pembelian kepingan emas palsu daripada tertuduh, iaitu wanita berkenaan tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdaya oleh tertuduh.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis dekat Hilltop Tawau, kira-kira jam 5.30 petang pada Rabu, 20 September lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




Atas kesalahan itu, tertuduh yang berasal dari Kampung Paris 2, Kota Kinabatangan, Sandakan itu, didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh berkuat kuasa bermula dari tarikh tangkapan, iaitu pada 21 September 2023.

Penghantar barang dipenjara 12 bulan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading