Ramai pilih pulang awal sambut Aidilfitri

Ramai pilih pulang awal sambut Aidilfitri

Ramai pilih pulang awal sambut Aidilfitri
SUASANA di Stesen Pasar Senen di Jakarta Pusat kelmarin.-AGENSI

JAKARTA: Sebilangan penduduk Jakarta memilih untuk pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri lebih awal walaupun Ramadan masih berbaki dua minggu lagi.

Pemantauan detik.com mendapati keadaan di Stesen Pasar Senen yang terletak di Jakarta Pusat sudah mula sesak dengan penumpang yang menunggu untuk menaiki kereta api.

Malah, ruang menunggu di hadapan pintu masuk turut dipenuhi penumpang yang mahu pulang lebih awal menghabiskan bulan Ramadan dan mencari lailatul qadar bersama keluarga di kampung halaman mereka.



Sebilangan petugas berpakaian seragam merah juga kelihatan bersiap sedia menawarkan bantuan kepada bakal penumpang pengangkutan awam yang disediakan di stesen itu.

Salah seorang penduduk dikenali sebagai Anto,46, berkata, dia sekeluarga menaiki kereta api dari Stesen Pasar Senen ke Surabaya sebelum terbang ke Banjarmasin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Netizen Malaysia ‘Serang’ Lawatan Muhyiddin Ke Jakarta



“Kami mahu pulang ke Banjarmasin. Naik kereta api ke Surabaya dulu, singgah di tempat saudara selama dua hari, kemudian baru terbang ke Banjarmasin,” kata Anto.

Anto mengakui dia memilih untuk pulang awal kerana berasa lebih santai dalam perjalanan dan tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan tiket kereta api pada harga lebih murah.

“Biar lebih santai saja perjalanan nanti, harga tiket juga masih normal. Tetapi saya beli lebih awal tiga hari lalu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penumpang, Ghisca, 20, turut mengakui sengaja pulang awal ke Klaten di Jawa Tengah kerana mahu mengelak kesesakan ketika minggu akhir perayaan Aidilfitri.



“Kami sudah bercuti penggal kampus jadi saya mahu pulang ke kampung terus. Kalau dekat hari raya pasti ramai yang pulang, perlu berebut dan kecoh,” katanya.

 

Bila Ulamak Politik Berfatwa Mengikut Nafsu



 

Ramai pilih pulang awal sambut Aidilfitri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bila Ulamak Politik Berfatwa Mengikut Nafsu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading