Pemandu lori tersepit dalam kemalangan

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu lori tersepit dalam kemalangan
Anggota bomba mengeluarkan pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan di KM214.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Taiping hari ini. – Foto IHSAN JBPM

Seorang pemandu lori tersepit manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan di Kilometer (km) 214.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan tersebut pada pukul 6.55 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dibantu BBP Kamunting dikerah ke lokasi kejadian.



Katanya, kemalangan jalan raya tersebut melibatkan tujuh kenderaan iaitu empat buah lori dan tiga kereta, dengan didapati seorang mangsa iaitu seorang pemandu lori tersepit.

“Mangsa adalah seorang pemandu lori, manakala seorang pemandu kereta jenis Perodua Bezza mengalami kecederaan ringan di bahagian dada,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan power unit dan rescue tool bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya, operasi melibatkan 11 anggota bomba tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 7.54 pagi.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading