Enakmen Syariah Kelantan Lebih Mesra Maksiat Berbanding Undang Undang Pusat

Enakmen Syariah Kelantan Lebih Mesra Maksiat Berbanding Undang Undang Pusat

Enakmen Syariah Kelantan Lebih Mesra Maksiat Berbanding Undang Undang Pusat

Sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan untuk membatalkan Enakmen Undang Undang Syariah Kelantan 2019, PAS sudah pun mengumpul beratus ahli mereka di hadapan Istana Kehakiman.

Seawal 7.30 pagi, mereka dikatakan telah berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman untuk melakukan solat hajat.

Sebaik sahaja mula tersebar keputusan Mahkamah Persekutan yang membatalkan 16 dari 18 Enakmen Undang Undang Islam Kelantan 2019, pemimpin PAS mula melakonkan drama.



Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata, Jumaat tersebut boleh dianggap sebagai Jumaat yang hitam terhadap undang-undang syariah Malaysia.

“Disebabkan undang-undang jenayah syariah sebuah negeri dibatalkan, ia bermakna di negeri lain juga berada dalam keadaan bahaya dan kritikal”.

“Mana-mana orang, katalah di Negeri Sembilan atau Melaka dituduh di Mahkamah Syariah atas kesalahan liwat”.

“Dia akan bawa kes itu di sini, beritahu di Kelantan dibatalkan kesalahan yang sama”.



“Maka kesnya akan dibatalkan”.

“Tak ada orang yang boleh dituduh di mahkamah syariah dengan kesalahan jenayah syariah ini”.

“Saya harap rakan-rakan faham kenapa kami begitu emosi dan serius tentang perkara ini”.

“Ini bukan benda kecil”.



“Mempertahankan syariah bermakna mempertahankan institusi raja-raja yang menjadi ketua agama Islam negeri-negeri”.

“Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam Wilayah Persekutuan dan juga negeri-negeri yang tak ada raja-raja,” dakwa Takiyuddin.

Penulis bersetuju dengan Takiyuddin, isu ini bukanlah isu yang kecil.

Tetapi sejauh mana kesungguhan PAS memartabatkan undang-undang syariah, menibulkan persoalan yang besar.



Kes Iki Putera berlaku pada tahun 2019.

Takiyuddin menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen) pada Februari 2020.

Bila Mahkamah Persekutuan benarkan kes Iki Putera dicabar pada Disember 2021, Takiyuddin tidak respon tuntutan untuk buat pindaan perlembagaan pada Mac 2021.

Tetapi kerajaan sekarang telah menubuhkan jawatankuasa untuk selaraskan undang-undang syariah yang sepatutnya dibuat oleh PAS Mac 2021.



Kenapa baru sekarang sibuk kononnya mahu memperkasakan undang-undang syariah?

Undang Undang Syariah Kelantan Yang Mesra Maksiat

Enakmen Syariah Kelantan Lebih Mesra Maksiat Berbanding Undang Undang Pusat (1)

 

Biar fakta berbicara.



Dari infografik di atas, pada pemerhatian penulis, jelas menunjukkan enakmen undang-undang syariah lebih mesra maksiat berbanding undang-undang persekutan.

Sekadar mengambil beberapa contoh, untuk kesalahan liwat, undang-undang persekutuan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Tetapi, undang-undang syariah Kelantan hanya memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun berserta sebatan.

Manakala untuk perbuatan sumbang mahram, undang-undang persekutuan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Manakala undang-undang syariah  Kelantan pula hanya boleh dipenjarakan tidak lebih 3 tahun dan denda tidak lebih RM5,000 tanpa sebatan.

Jadi, tidak hairanlah Kelantan antara negeri yang mempunyai kadar jenayah seksual tertinggi di Malaysia.

Kerana undang-undang syariah mereka, sangat-sangat mesra kepada maksiat.

Enakmen Syariah Kelantan Lebih Mesra Maksiat Berbanding Undang Undang Pusat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button