Rumah terbiar jadi ‘transit’ warga Myanmar mahu ke Malaysia

Rumah terbiar jadi ‘transit’ warga Myanmar mahu ke Malaysia

Rumah terbiar jadi 'transit' warga Myanmar mahu ke Malaysia
RUMAH terbiar yang dijadikan tempat tinggal sementara Pati berkenaan. FOTO Bangkok Post

Songkhla: Dua puluh pendatang tanpa izin (Pati) dari Myanmar yang mencari pekerjaan di Malaysia ditangkap di sebuah rumah terbiar di Sadao, selatan Thailand.

Bangkok Post melaporkan, serbuan dijalankan imigresen dan polis pada Selasa bagi menyekat perjalanan Pati itu yang mahu ke Malaysia.

Ketika serbuan, 20 individu dewasa terdiri daripada 16 lelaki dan empat wanita, berumur 19 hingga 26 tahun berada di dalam rumah itu.



Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka adalah warga Myanmar dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Ketika ditahan, Pati itu tinggal dalam kumpulan dengan masing-masing setiap satu antara tiga hingga empat individu dan berada di sudut yang berbeza dalam rumah itu.

Mereka memakai reben berwarna di pergelangan tangan bagi menunjukkan tempat asal.

Pati itu, melalui jurubahasa, memberitahu polis bahawa mereka sudah ke merata-rata tempat di bandar Myanmar, untuk mencari pekerjaan di Malaysia.



Mereka dipercayai memasuki Thailand menggunakan laluan di sempadan di Prachuap Khiri Khan.

Difahamkan, ejen yang membawa masuk Pati itu menyediakan trak pikap untuk membawa mereka ke Padang Besar di Sadao dekat sempadan Malaysia-Thailand

Rumah terbiar jadi ‘transit’ warga Myanmar mahu ke Malaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading