Hakim ada hal, hukuman pengarah pelancongan tangguh lagi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen menangguhkan lagi keputusan hukuman hingga esok membabitkan seorang pengarah agensi pelancongan atas tiga tuduhan menerima wang deposit tanpa lesen sah daripada seorang pesara berjumlah RM520,000.

Hakim M Bakri Abd Majid, sepatutnya menjatuhkan hukuman terhadap Abdul Halim Navaghani, 44, hari ini namun prosiding terpaksa ditangguhkan kerana M Bakri mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Anisha Jamilludin, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.



Pada 12 Disember lalu, mahkamah menangguhkan hukuman itu ke hari ini kerana tertuduh dijangkiti COVID-19.

Pada 21 November lalu, Abdul Halim yang tidak diwakili peguam menukar pengakuan kepada bersalah ketika prosiding perbicaraan kes di hadapan hakim berkenaan.

Seramai tiga saksi pendakwaan memberi keterangan dalam perbicaraan kes yang bermula Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang deposit daripada Zainal Abidin Abdul Rasol, 69, melalui tujuh keping cek CIMB di Solaris Mont Kiara, antara 12 Jun 2015 hingga 10 Januari 2017.



Ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta atau kedua-duanya.

BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading