Aiman Hakim & Zahira MacWilson Bakal Timang Anak Kedua Tahun Depa

"Isaac Nak Jadi Abang Dah”-

Aiman Hakim & Zahira MacWilson Bakal Timang Anak Kedua Tahun Depa

Aiman Hakim & Zahira MacWilson Bakal Timang Anak Kedua Tahun Depan

Pasangan selebriti, Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson mengumumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun hadapan.

Menerusi perkongsian Aiman di Instagram, pelakon ini memuat naik sekeping gambar pemeriksaan ultrasound bayi dengan kapsyen “2023 akan berakhir tak sabar untuk 2024. Jumpa awak nombor 2. Syukur alhamdulillah”.





Manakala di Instagram milik Zahirah pula, aktres ini turut menyatakan keterujaannya menunggu tahun 2024 menjelma.

Melihatkan berita mengenai cahaya mata kedua Aiman dan Zahirah, ramai rakan selebriti termasuklah Ameera Khan, Neelofa, Mira Filzah, Lisa Surihani, Siti Saleha hingga ke Amelia Henderson turut mengucapkan tahniah dan menumpang gembira.

Malah di bahagian komen, pengikut pasangan selebriti ini turut meninggalkan ucapan tahniah dan menanti kehadiran cahaya mata kedua mereka.

Sekadar info, Aiman Hakim dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan ini turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Isaac Raees yang kini berusia 2 tahun.



Aiman Hakim & Zahira MacWilson Bakal Timang Anak Kedua Tahun Depa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading