Fulham bidas dakwaan Klopp

LONDON: Akaun Twitter Fulham mengejek ulasan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp selepas pasukannya seri 2-2 di Craven Cottage Sabtu lalu.

Liverpool dua kali bangkit menyamakan kedudukan untuk berkongsi satu mata dengan Fulham yang kembali ke Liga Perdana Inggeris musim ini.

Bercakap kepada media selepas perlawanan, Klopp mendakwa padang di Craven Cottage terlalu kering menyebabkan sukar untuk anak buahnya menampilkan persembahan terbaik.



Fulham membalas dakwaan itu dengan memuat naik gambar padang sedang disiram air dengan keterangan gambar: “Craven Cottage kelihatan amat subur semalam

Klopp terkenal dengan alasan-alasan remeh selepas pasukannya gagal mendapatkan keputusan terbaik sebelum ini.

Fulham kendalian Marco Silva menampilkan aksi cemerlang selepas kembali ke liga tertinggi Inggeris itu, mendahului permainan dua kali sebelum terpaksa akur dengan keputusan seri.

Aleksandar Mitrovic meletakkan Fulham di depan sebelum Darwin Nunez menyamakan kedudukan pada penampilan sulungnya di Liga Perdana Inggeris



Mitrovic kemudian menyempurnakan sepakan penalti selepas dijatuhkan Virgil van Dijk, tetapi kesilapan benteng Fulham membolehkan Mohamed Salah kembali menyamakan kedudukan.

AGENSI


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading