Pertama di dunia untuk pemindahan seluruh mata
Pertama di dunia untuk pemindahan seluruh mata

Washington: Sepasukan pakar bedah di New York melakukan pemindahan organ atau transplantasi organ seluruh mata, yang pertama di dunia, dalam prosedur yang dipuji secara meluas sebagai kejayaan perubatan.
Namun, pada masa ini, masih belum diketahui sama ada pesakit lelaki yang terbabit dalam prosedur itu akan dapat melihat melalui mata yang didermakan itu.
Pembedahan membabitkan prosedur kompleks pada sebahagian muka, seluruh bahagian mata kiri dan saraf optik organ penderma, lalu dicantumkan pada pesakit.
Pesakit lelaki itu adalah pekerja dari Arkansas yang terselamat daripada renjatan elektrik 7,200 voltan pada Jun 2021.Kemalangan elektrik itu menyebabkan Aaron James, 46, mengalami kecederaan teruk termasuk kehilangan mata kiri, lengan kiri , hidung dan bibir, gigi depan, kawasan pipi kiri dan dagu.
Dia dirujuk ke NYU Langone Health iaitu pusat perubatan terkemuka untuk pemindahan muka dan yang menjalankan prosedur bersejarah terhadap lelaki itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi
- Selepas Serangan Kepada UMNO Gagal, PAS Cuba Serang DAP
- Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Apa Tujuan Demo PN Sebenarnya?
Memindahkan seluruh mata, sudah lama menjadi ilmu sains perubatan. Walaupun penyelidik berjaya melakukan prosedur kepada haiwan di mana mereka memulihkan penglihatan separa, tetapi ia tidak pernah dilakukan sebelum ini kepada orang yang masih hidup.
“Ia adalah ‘wilayah’ yang belum ‘dipetakan’, tetapi kami menantikan penerokaan itu,” kata Eduardo Rodriguez, yang mengetuai pembedahan, kepada AFP dalam satu temu bual.
Ia adalah pemindahan muka kelima dalam pembabitan karier Rodriguez. Pasukan kali ini dapat mengurangkan masa pembedahan kepada 21 jam berbanding 36 jam dilakukannya pada kali pertama pada 2012.
Rodriguez menambah pemindahan muka bukan lagi prosedur percubaan dan harus dipertimbangkan ‘standard penjagaan’ dalam kes-kes tertentu membabitkan kecacatan teruk.
Pakar retina Vaidehi Dedania berkata, mata kiri yang dipindahkan kelihatan sangat sihat, ia mempunyai bekalan darah yang baik, mengekalkan tekanannya, dan menjana isyarat elektrik, walaupun James belum dapat melihat.
“Tetapi kami mempunyai harapan menggunung,” tambahnya.
Pertama di dunia untuk pemindahan seluruh mata
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :