Mangsa Runtuhan Struktur SUKE Berjaya Dikeluarkan

Mangsa Runtuhan Struktur SUKE Dikeluarkan Bomba

Pihak Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur SUKE petang tadi.

Pihak bomba dalam satu kenyataan sebelum ini, memaklumkan menerima panggilan sekitar jam 5.58 petang sebelum mengerahkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi serta BBP Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras ke lokasi kejadian.

Seorang mangsa yang dipercayai lelaki pemandu van kilang yang identitinya belum dikenal pasti itu dikeluarkan daripada kenderaan yang terperangkap di bawah runtuhan berkanaan kira-kira jam 8.45 malam.

Dua lagi mangsa yang turut belum diketahui identiti dan jatina mereka berjaya dikeluarkan tidak lama kemudian.

Kejadian berlaku dipercayai dilanggar sebuah lori yang melalui jalan tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *