47 mangsa kebakaran rumah Taman Victoria ditempatkan di PPS

47 mangsa kebakaran rumah Taman Victoria ditempatkan di PPS

47 mangsa kebakaran rumah Taman Victoria ditempatkan di PPS
Kebakaran rumah di Taman Victoria, Tawau semalam. – FOTO BERNAMA

TAWAU: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 47 mangsa kebakaran selepas sembilan rumah musnah dijilat api di Lorong 4, Taman Victoria, di sini, semalam.

Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan PPS Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau diaktifkan pada jam 8.30 malam bagi menempatkan 12 keluarga terjejas akibat kejadian itu.

“Mangsa terdiri daripada 21 lelaki dewasa, 15 wanita serta enam kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan,” katanya.



Sementara itu Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy, berkata beliau akan menghubungi Majlis Perbandaran Tawau bagi mengenal pasti kekosongan unit rumah bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) susulan terdapat permohonan daripada mangsa kebakaran terbabit.

“Ada dalam kalangan mangsa itu tidak berkemampuan dan perlu dibantu dari segi rumah,” katanya yang turut melawat mereka di PPS serta menghulurkan bantuan wang tunai kepada ketua keluarga. – BERNAMA

47 mangsa kebakaran rumah Taman Victoria ditempatkan di PPS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading