Laksa Jadi Fenomena Di Facebook, Najib Pun ‘Join’ Sama

Perang Laksa Di Facebook
Ilustrasi Perang Laksa Di Facebook

Laksa telah menjadi fenomena baru dalam facebook Malaysia hari ini berikutan komen perbezaan bahan dalam ramuan makanan tersebut.

Bukan sahaja rakyat biasa, malah Dato Sri Najib Razak dan Menteri Besar Pahang turut ‘join’ isu laksa.

Najib Razak
Najib Razak Join Kisah Laksa

Penangan laksa di facebook menjadi-jadi apabila netizen mula mengongsikan resepi pembuatan kuah laksa.

Boleh dikatakan ramai mula meletakkan resepi dan bercerita kehebatan laksa yang mereka gemari di facebook.

Wan Rosdy
Wan Rosdy ‘Join’ Kisah Laksa 😊😊

Hanya kerana satu komen berkaitan laksa, kisah laksa telah menenggelamkan isu isu hangat yang bermain di media sosial.

Penangan makanan kegemaran rakyat Malaysia kini boleh baca seluruh dunia.

Mungkin kisah laksa ini boleh dimuatkan dalam buku resepi yang akan diterbitkan khas bagi mengumpul resepi rahsia pembuatan laksa dari seluruh Malaysia.

Walau nampak agak lucu, sebenarnya kisah laksa berjaya membuktikan rakyat Malaysia bersatu-padu dalam media sosial.

Bayangkan jika seluruh rakyat Malaysia bersama dalam isu isu yang berkaitan dengan kepentingan negara dan rakyat.

Sambut PKP 3.0, Netizen Lancar Perang Laksa Di FB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *