DIHENTAM BAWA ANAK-ANAK MAKAN MALAM – SUAMI NORA ‘SEKOLAHKAN’ NETIZEN

Baru-baru ini menerusi laman Instagram, pelakon Nora Danish telah berkongsi gambar mereka sekeluarga keluar makan malam di sebuah restoran di ibu kota. Tulis Nora, makan malam itu diadakan sempena hari persekolahan yang bakal bermula, tidak lama lagi: "Dinner out with the boys before school starts".

Bagaimanapun, perkongsian Nora itu telah menerima pelbagai respon termasuk ada yang mempertikaikan tindakan pasangan itu keluar makan di restoran sambil membawa anak-anak yang masih kecil.

Ternyata, persoalan netizen itu telah mendapat perhatian suami Nora, Nedim Nazri yang menjawab sambil menempelak kembali soalan tersebut.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

_

"Allah bagi otak untuk fikir & Bila KKM & MKM bagi announcement rajinlah membaca, Kalau malas baca jadi & ****, jangan comment.. Masuk website MKM & sila baca.. Kanak2 bawah 17 tahun harus di team oleh ibu bapa.. sekian," tulis Nedim.

Terdahulu, kerajaan telah memberikan kelonggaran terhadap rakyat Malaysia yang sudah lengkap vaksinasi dan ternyata perkara tersebut telah membuatkan ramai teruja untuk melakukan aktiviti harian meskipun terpaksa mengikuti beberapa peraturan dan SOP.

Untuk makluman, Nora telah mendirikan rumah tangga bersama Nedim nazri pada tahun 2017 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl Nedim. Nora juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu bersama Rizal Ahsram Ramli iaitu Putra Rayqal.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Leave a Reply