PRN Melaka – Siapa boleh beri untung, PAS akan ikut

 

PAS Melaka masih mahu bersama dengan UMNO selain bekerjasama dengan PPBM untuk menghadapi PRN Melaka.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamaruddin Sidek menyatakan demikian semasa dihubungi menerusi panggilan telefon pagi ini.

 

Kamaruddin menyatakan PAS Melaka masih menanti apa keputusan PAS Pusat untuk menentukan hala tuju kempen pilihanraya negeri dan penentuan kerusi yang akan ditandingi.

Ditanya adakah PAS akan bertanding solo atau berpihak kepada satu pihak sahaja, Kamaruddin menyatakan mereka akan melihat parti mana yang boleh menguntungkan politik orang Melayu, PAS akan menyokong parti tersebut.

Mengenai sasaran kerusi PAS dalam PRN Melaka, Kamaruddin menyatakan mereka tidak dibenarkan membuka mulut kerana akan menjejaskan pembahagian kerusi di negeri yang dikuasai PAS seperti Kelantan dan Terengganu.

Sebagai rekod, PAS tidak memenangi sebarang kerusi DUN Melaka dalam PRU14 lepas dan dikatakan sedang mengintai kerusi DUN Duyong untuk ditandingi dalam PRN akan datang.

PRN Melaka dijadualkan pada 20 November 2021 manakala penamaan calon pada 8 November 2021.

PAS Melaka mahu situasi menang-menang

 

Leave a Reply